Monday, April 27, 2009

KURSUS PENYEMBELIHAN

Sepanjang Program Kursus Penyembelihan










Taklimat sebelum kursus / Ini pula kambing yg belum di sembelih

Kursus penyembelihan pun bermula

Para peserta kursus menerima sijil


Proses melapah daging kambing....kaum lelaki jer...

Proses membasuh...kaum wanita ler....













Bab memasak pun wanita jugak...? Hebat nyer....!!



Amboi...! YB pun rajin...inilah icon masyarakat...!

Apa lagi..!! lepas masak, makan ler....

Sekitar Program Kursus Penyembelihan yg di anjurkan oleh Kemas pada 26 April 2009, dan di laksanakan oleh Umno Cawangan Pangsapuri Intan Taman Bukit Permai, Cheras....Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Pangsapuri Intan adalah Tuan Rumah Program tersebut. Apa yg saya dapat lihat dan timba pengalaman pada program itu ialah perpaduan dan satu hati penduduk sungguh harmoni.Ini yg kita cari dalam kehidupan berjiran.
Maaflah....muka saya tak kelihatan, sebab saya juru gambar....so macam mana nak ada di situ? Tapi takpelah...sekurang-kurangnya apa yg saya paparkan dapat di jadikan panduan semua.
Terima Kasih di ucapkan pada pihak Kemas kerana memberi kepercayaan kepada ketua Umno Cawangan Pangsapuri Intan mengelolakan majlis tersebut. Tak lupa juga kpd Ketua Umno Bahagian Pandan yg sudi datang selaku merasmikan majlis tersebut. begitu juga Ustaz yg beri ceramah, taklimat pagi dan pemantau peserta Kursus.
Dengan cuaca yg agak panas pada hari itu, membuatkan semua orang dahaga tak terkata. Makan pula daging kambing...? Fuh....!! memang bahang semua orang. Program penyembelihan berlangsung dengan 50 ekor ayam disembelih oleh 50 orang peserta dan 2 ekor kambing di sembelih oleh 2 orang peserta kursus. Alhamdulillah..... Program pada hari itu berjalan lancar dan dengan jayanya. Para peserta kursus juga di berikan sijil penghargaan yg di sediakan oleh pihak Kemas.

"Masyarakat yg berbilang bangsa harus berganding utk mencapai kemakmuran"



Friday, April 24, 2009

BUAH HATI KU

gambar anak-anak masa kecil



Anak lelaki pertama comel



Anak perempuan kedua molek


Anak lelaki ke-3 cute



Anak lelaki ke-4 manja

Anak adalah aset dalam kehidupan rumahtangga. Bagi setiap pasangan suami isteri hargailah setiap anak yg lahir ke dunia, kerana ia anugerah tuhan. Bagi setiap anak pula mereka wajib menghormati ke dua Ibubapa mereka semasa ada. Anak yg baru lahir, masih jauh lagi perjalanan hidup utk di harungi. Apa yg penting.....Ibubapa itu sendiri yg mencorakannya.

Kadang-kadang saya selalu lihat, Ibubapa Berpelajaran Tinggi, di Hormati,ada Kedudukan dan Ilmu Agama juga tinggi....tp anak masih juga berperangai kurang memuaskan. Pelik juga di mana silapnya? Ada golongan yg berada tp anak masih terbiar merempat Kasih Sayang. Tak kurang juga orang yg daif tp masih mampu mendidik anak dengan sempurna Agama dan Pelajaran. Hanya Manusia yg bertuah saja mendapat kehidupan yg sempurna, kerana mereka lahir dari golongan yg selalu bersyukur dan sentiasa bertaubat.

Sebenarnya bukan senang nak didik anak jadi sempurna. Dalam kehidupan seharian Allah selalu menguji Umatnya samada mereka hidup dalam kesabaran atau sebaliknya. Apapun saya suka mengumpul gambar anak-anak semasa kecil, memang comel dan tak akan datang kembali zaman kanak-kanak. Cuma gambarlah yang akan mengingatkan zaman silam.... so....buat renungan semua....
"Jadilah diri kita sebagai cermin utk anak-anak."




Friday, April 10, 2009

Pembaca Budiman

As'salamualaikum...para Pembaca yg Budiman. Perjuangan dan Perbincangan kita belum selesai lagi. Mengikut turutan Islam, Halal dan Haram mesti kena ambil tahu...! Pemakanan penting utk kesihatan hingga hujung nyawa. Orang yg tak penting Kesihatan dan Pemakanan adalah orang yg tak mengingati Mati. Kerana pintu Syurga terbuka utk org yg bersih lahir batin. Itu sebab kita perlu mengingati Mati, supaya apa yg kita amal dan buat tidak bercanggah utk ke syurga....?

Bila Kita Ingat Mati.....
Kita Dekat Dengan Allah.....
Bila Kita Dekat Dengan Allah......
Pasti Kita Beramal Ibadat.....
Bila Kita Beramal......
Pintu Rezki Pasti Hampir.....
Bila Rezki Menghampiri.....
Jangan Riak Menguasai Diri.....
Bila Riak Menguasai Diri.....
Syaitan Pasti Menggoda Kita.....
Dari itu dekatkan telinga anda pada suara2 yg membawa kpd Keberkatan Dunia dan Akhirat....
Alahai...kawan2 sekelian yg berugama Islam....? Ingin saya bertanya....! Apakah anda benar2 pasti bahawa tahap Kesihatan anda berada dlm keadaan sihat sejahtera? Kesihatan juga penting utk ke Syurga....
Orang kita ni...kebanyakkanya selalu Sombong & Egois. Mereka tak mempercayai Herba boleh menyembuh dan menghalang sesuatu penyakit, jika kita mengamalkanya dengan Beristiqamah....!
"Orang yg Bijak Pandai adalah.....yg ingin mendalami sesuatu Ilmu dan sentiasa Ingin Tahu walaupun ia lebih Pandai, dan org yg sentiasa Belajar dari setiap kesalahan org lain dan dirinya sendiri".
"Jadilah kita org yg mudah ditegur dan belajar dari kesilapan"

Monday, April 6, 2009

INFO PENTING...!


Kenapa ramai Umat Islam diluar sana masih terpengaruh & dihantui dengan Produk2 Yahudi....? Mengapa mereka buta dalam celik ? Apakah reaksi mereka bila mengetahui bahawa kebanyakkan Produk makanan diluar sana telah dicemari dengan benda Haram (arak & kinzir) ?
Antara sebab....mengapa saya ajukan soalan begini....ialah kerana, setiap kali saya sampaikan berita tersebut pasti ada yg menafikan dan ada juga yg mengatakan saya mereka-reka cerita supaya produk Islam laku dipasaran....! "Masya'allah...." mengucap panjang saya dibuatnya. Kerana yg berkata begitu adalah Umat Islam itu sendiri. "Semoga Allah jangan gelapkan Imannya...aminnn...."
Ketahuilah anda semua, mengapa Allah melarang Umat Islam memakan daging kinzir..? Ini disebabkan, kinzir mempunyai sejenis ulat yg tidak akan mati....walau dimasak sekali pun! Cuba anda lihat pada setiap org (bukan Islam) yg memakan daging kinzir......! pada kulit mereka terdapat bintik hitam, yakni ulat kepala hitam yg datang dari kinzir telah bermastautin dalam diri mereka.
Sesiapa yg membaca kisah ini, tolong war-warkan pada Umat Islam yg lain! Kerana ini penting.....dan semoga anda semua beralih arah kepada produk Islam 100%. Tapi awas...! jangan mudah tertipu dengan produk asing yg mengunakan Nama org Islam? Ini banyak dipasaran utk mengaburi mata Umat Islam seluruhnya! Berhati-hatilah dalam memilih produk...? Pastikan isi kandungannya terlebih dulu.


Akhir kata..."Sampaikanlah Pesan Walau Satu Ayat Sekali Pun"
Fikir-fikirkanlah...............!




Thursday, April 2, 2009

GAMBAR KENANGAN

Gambar dulu n kini bersama suami tercinta

Keluarga bahagiaku selamanya











Antara aktiviti yg pernah ku lalui


Bersama teman-teman masa dinner

Aku dan lukisanku


Semasa mengikuti Kursus PIC di Perlis
Teringat zaman dulu memang indah. Kehidupan yg penuh dgn suka, duka, gembira, pahit an sebagainya.....setiap manusia semua tak lari dari mempunyai masalah tersendiri, tak kiralah samada org kaya atau miskin.
Sebenarnya keluarga, teman2, guru, kampung halaman dan alam sekitar memainkan peranan dlm kisah silam.
Bila lihat foto2 lama pasti terkenang zaman kanak2. Itu pasallah... gambar lama berguna pada semua org....! Gambar memainkan peranan penting sbg......bahan bukti, kenangan peribadi, bahan rujukan, hiasan dalaman dan berbagai lagi. Oleh itu hargailah setiap keping gambar yg ada...., kerana ia adalah kenangan yg boleh memberi petunjuk kpd kita di masa akan datang. Hilang gambar bermakna hilang kenangan yg tak mungkin datang kembali.
Hadiah yg paling istimewa sekali adalah sekeping gambar....hmmm.