Sepanjang Program Kursus Penyembelihan
Taklimat sebelum kursus / Ini pula kambing yg belum di sembelih



Proses melapah daging kambing....kaum lelaki jer...



Bab memasak pun wanita jugak...? Hebat nyer....!!

Amboi...! YB pun rajin...inilah icon masyarakat...!
Sekitar Program Kursus Penyembelihan yg di anjurkan oleh Kemas pada 26 April 2009, dan di laksanakan oleh Umno Cawangan Pangsapuri Intan Taman Bukit Permai, Cheras....Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Pangsapuri Intan adalah Tuan Rumah Program tersebut. Apa yg saya dapat lihat dan timba pengalaman pada program itu ialah perpaduan dan satu hati penduduk sungguh harmoni.Ini yg kita cari dalam kehidupan berjiran.
Maaflah....muka saya tak kelihatan, sebab saya juru gambar....so macam mana nak ada di situ? Tapi takpelah...sekurang-kurangnya apa yg saya paparkan dapat di jadikan panduan semua.
Terima Kasih di ucapkan pada pihak Kemas kerana memberi kepercayaan kepada ketua Umno Cawangan Pangsapuri Intan mengelolakan majlis tersebut. Tak lupa juga kpd Ketua Umno Bahagian Pandan yg sudi datang selaku merasmikan majlis tersebut. begitu juga Ustaz yg beri ceramah, taklimat pagi dan pemantau peserta Kursus.
Dengan cuaca yg agak panas pada hari itu, membuatkan semua orang dahaga tak terkata. Makan pula daging kambing...? Fuh....!! memang bahang semua orang. Program penyembelihan berlangsung dengan 50 ekor ayam disembelih oleh 50 orang peserta dan 2 ekor kambing di sembelih oleh 2 orang peserta kursus. Alhamdulillah..... Program pada hari itu berjalan lancar dan dengan jayanya. Para peserta kursus juga di berikan sijil penghargaan yg di sediakan oleh pihak Kemas.
"Masyarakat yg berbilang bangsa harus berganding utk mencapai kemakmuran"
2 comments:
Saya berminat untuk meyertai kusus penyembelihan kambing. Bilakah akan diadakan lagi kursus ini....
Kursus ini hanya sekali saja di adakan di setiap cawangan perumahan. Ini adalah anjuran KEMAS dan mungkin di adakan di kawasan lain pula.
Post a Comment