
Sebahagian Gambar Yg Di Rakam Sepanjang Hari Raya
Masih belum terlambat ku ucapkan selamat hari raya kpd semua pembaca blog.
Pagi Raya Pertama memang penat melayan tetamu, tapi selepas sembahyang Raya kami sekeluarga pergi ke kubur dulu. Bila pulang dari kubur ramailah tetamu yg bertandang, penat tapi seronok....maklumlah saudara yg jauh dan lama tak jumpa semuanya ada....meriah le...!
Akhirnya petang baru kami dapat berjalan ke rumah jiran terdekat.
Raya ke-2 pagi-pagi lagi kami dah bangun utk pergi beraya ke rumah saudara mara yg jauh. Masa Raya ke-2 tu....sepanjang perjalanan kami.....dalam kereta.....! dari satu rumah ke satu rumah...maklumlah rumah masing2 jauh. 4 buah rumah semuanya.....tiba di rumah, jam dah pukul 10 mlm....?
Hmmmm....Raya ke-3 kami sekeluarga pulang ke KL....tapi tak semestinya tak pergi beraya lagi ? Sempat lagi berjalan raya tau....!
Pagi tu kami semua keluar dan terus pergi ke rumah bapa saudara. Keluar beramai2....konvoi 5 buah kereta semuanya. Selepas rumah bapa saudara, kami singgah ke rumah saudara lain pula, 2 buah rumah...lepas tu ke rumah kakak di Segamat, keluar dari rumah kakak kul 2 ptg...kami terus pergi ke Pogoh daerah Segamat rumah sepupu lak....keluar kul 4 ptg...dan terus ke Londah daerah Gemas NS. Semuanya 6 buah rumah, sebelum pulang ke KL..? Akhirnya kami sampai ke KL kul 10 mlm......penat sangat tapi berbaloilah sambut Raya tahun ni walau pun tak habis lagi rumah saudara mara yg kami pergi. Raya ke-4 tak ke mana, coz ramai bebudak yg datang ke rumah...penat gak layan kerenah dia orang. Bak kata oranglah...Hari Raya ni penat tapi seronok!
Apa pun di kesempatan ini saya ucapkan
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd seluruh umat Islam."
No comments:
Post a Comment