di segamat johor....suka tengok majlis gotong royong, ada semangat kerjasama dan harmoni. di majlis perkahwinan anak kakak....meriah...coz 4 pengantin naik pelamin. besar juga kendurinya....tumbang seekor lembu. Anaknya seorang je perempuan...so buat pun besaranlah. hmm...tapi penat....
Monday, January 18, 2010
Sunday, November 22, 2009
HMM......RADIX PIZZA HOUSE

BESTNYA DENGAR dan LIHAT!
Bila buka internet HPA ada je cerita baru yang sedap mata memandang dan terpegun bila membaca segala artikel di dalamnya. Segala yang terbaru dan terkini semuanya di perkenalkan di sebelah utara dan cawangan-cawangan lain. Tapi....bilalah agaknya kami yang tinggal di kawasan kuala lumpur dan selangor dapat merasa makan di RFC, RPH, RCH, RBH dan yang lain lagi. Kami dah jemu pandang KFC, PIZZA HUT, CHICKEN RICE SHOP dan banyak lagilah. Harap-harap percepatkanlah permintaan kami di kawasan tengah ini untuk sama-sama menikmati keenakan makanan 100% orang islam. Alangkah seronoknya semua warga KL dan SELANGOR kalau ada restoran Radix. Bila lapar ingat RFC atau RCH! Hmmmm....tak payah susah nak cari restoran lain atau yang popular restoran Mamak...betul tak?
Yelah..apa pun kami seluruh umat Islam doakan semoga terciptanya sejarah Umat Islam meneraju dunia perniagaan yang Halalan Toyibban...Amin.....
"Semoga Allah rahmati perjuangan kami dalam HPA hingga ke akar umbi"
Labels:
tetap menanti
Wednesday, September 30, 2009
UCAPAN SHR
Gambar Keluarga di Sepanjang Pagi Raya





Sebahagian Gambar Yg Di Rakam Sepanjang Hari Raya

Sebahagian Gambar Yg Di Rakam Sepanjang Hari Raya
Masih belum terlambat ku ucapkan selamat hari raya kpd semua pembaca blog.
Pagi Raya Pertama memang penat melayan tetamu, tapi selepas sembahyang Raya kami sekeluarga pergi ke kubur dulu. Bila pulang dari kubur ramailah tetamu yg bertandang, penat tapi seronok....maklumlah saudara yg jauh dan lama tak jumpa semuanya ada....meriah le...!
Akhirnya petang baru kami dapat berjalan ke rumah jiran terdekat.
Raya ke-2 pagi-pagi lagi kami dah bangun utk pergi beraya ke rumah saudara mara yg jauh. Masa Raya ke-2 tu....sepanjang perjalanan kami.....dalam kereta.....! dari satu rumah ke satu rumah...maklumlah rumah masing2 jauh. 4 buah rumah semuanya.....tiba di rumah, jam dah pukul 10 mlm....?
Hmmmm....Raya ke-3 kami sekeluarga pulang ke KL....tapi tak semestinya tak pergi beraya lagi ? Sempat lagi berjalan raya tau....!
Pagi tu kami semua keluar dan terus pergi ke rumah bapa saudara. Keluar beramai2....konvoi 5 buah kereta semuanya. Selepas rumah bapa saudara, kami singgah ke rumah saudara lain pula, 2 buah rumah...lepas tu ke rumah kakak di Segamat, keluar dari rumah kakak kul 2 ptg...kami terus pergi ke Pogoh daerah Segamat rumah sepupu lak....keluar kul 4 ptg...dan terus ke Londah daerah Gemas NS. Semuanya 6 buah rumah, sebelum pulang ke KL..? Akhirnya kami sampai ke KL kul 10 mlm......penat sangat tapi berbaloilah sambut Raya tahun ni walau pun tak habis lagi rumah saudara mara yg kami pergi. Raya ke-4 tak ke mana, coz ramai bebudak yg datang ke rumah...penat gak layan kerenah dia orang. Bak kata oranglah...Hari Raya ni penat tapi seronok!
Apa pun di kesempatan ini saya ucapkan
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd seluruh umat Islam."
Friday, August 28, 2009
Suasana Majlis Sambutan Ramadan
Antara Suasana Gotong Royong Di Majlis Sambutan Ramadan
Selamat berpuasa kpd semua umat islam. Alhamdulillah....dah seminggu kita berpuasa. Masa berjalan terlalu pantas, puasa tahun ni pun tak terasa penat sangat, kerana ada kopi Radix. Dah tentu badan terasa segar dan bertenaga dengan kopi Radix. Bagi saya rugi kalau sesiapa tak minum kopi Radix dalam bulan puasa.
Ok lah.....saya sebenarnya nak cerita hari sebelum menjelang bulan Ramadan. Kawasan perumahan Pangsapuri Intan telah mengadakan kenduri menyambut bulan Ramadan yg di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Blok 3 Pangsapuri Intan, dan tak lupa juga para jemputan dari Blok 1, 2, 4 dan 5. Meriah sekali di tambah dengan kehadiran monyet yg terlepas menggamatkan suasana semasa memasak. Dari bab Penyediaan barangan, memasak, Menjamu Selera, Membasuh Pinggan hinggalah Mengemas semuanya dilakukan bersama ( bergotong royong ). Ye lah....semangat kejiranan mesti ada apa lagi bila tinggal di Pangsapuri.
Ok lah kita jumpa di Hari raya pula.
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Friday, August 14, 2009
PENYAKIT DUNIA
Assalam'mualaikum....lama rasanya saya tak menulis dalam ruangan blog. Sebenarnya computer ada problem....kena format baru. So...banyak cerita yg saya ada! tapi taklah nak tulis sekali gus dlm sehari. Apa pun yg saya nak tekan sekarang ini ialah mengenai penularan H1N1.
Memandangkan virus ini terlalu cepat merebak, maka....langkah2 yg sepatutnya di ambil selain tutup hidung dan menjaga kebersihan diri adalah makan ubat herba yg menghalang jangkitan virus. Ubat herba ni jika di makan, akan berkesan dalam jangka masa panjang. So... sesiapa yg sentiasa mengamalkan herba akan terlindung dari penyakit merbahaya.... insya'alah. Sesungguhnya segala penyakit yg datang dari Allah semua ada ubatnya...kecuali Mati. Maka berusahalah kita utk membanteras segala perosak dan virus....tentu ada caranya...!
Insya'allah....beristikharahlah kita minta petunjuk kepada Allah s.w.t pasti Allah akan beri jalannya.
Cubalah dengan apa yg saya sarankan...mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yg Allah beri. Anggaplah ini satu ujian dari Allah s.w.t sebagai pengajaran utk kita melalui kehidupan yg akan datang. Mungkin juga ini adalah musibah dari apa yg telah berlaku di seluruh negara sehingga Bumi merintih meminta simpati diatas bebanan dosa manusia yg di tanggung selama ini. Sedarlah umat semua....bahawa Bumi sudah terlalu tua utk menampung segala Khazanah Alam yg tak habis2 pencemaranya. Negara tercemar juga salah satu sebab datangnya penyakit ganjil.
Apa sudah jadi dengan manusia zaman sekarang? Cuba lihat....! Manusia berkahwin.., Pokok pun kahwin..., sekarang..... binatang pun di kahwinkan ( berlainan binatang ). Bangunan tinggi menjulang mencakar langit ( boleh dicapailah awan tu...! ). Sungai pula jadi bahan buangan sampah sarap dan juga mayat manusia? Laut pula asyik muntah2, sebab banyak sangat benda yg tak sepatutnya ada di laut selain ikan dan kapal. Yg ramai berada di laut adalah manusia... berenang macam ikan....mungkin di rumah tak ada air kut..! Jangan marah nanti kena jual !
Yg muda mudi tiada perasaan malu, yg bukan muhrim berdua2an di khalayak ramai? Belum lagi cerita bab Mabuk, Judi, Kaki Disko, Penzina, Bohsia, Gro, Kaki Betina, Pisau Cukur, Penggoda Jalanan, Rempit, Lumba Haram, Hisap Dadah, Perogol, Kaki Pukul, Kaki Buli, Perompak, Pembunuh ( hui.. banyaknya! ) dan semua ini bolehlah di kategorikan sebagai sampah masyarakat yg suka cari penyakit. Apa nak jadi dengan masa depan orang macam ini ? Semoga mereka ini sempat bertaubat sebelum mati... aminnn...!
Memandangkan virus ini terlalu cepat merebak, maka....langkah2 yg sepatutnya di ambil selain tutup hidung dan menjaga kebersihan diri adalah makan ubat herba yg menghalang jangkitan virus. Ubat herba ni jika di makan, akan berkesan dalam jangka masa panjang. So... sesiapa yg sentiasa mengamalkan herba akan terlindung dari penyakit merbahaya.... insya'alah. Sesungguhnya segala penyakit yg datang dari Allah semua ada ubatnya...kecuali Mati. Maka berusahalah kita utk membanteras segala perosak dan virus....tentu ada caranya...!
Insya'allah....beristikharahlah kita minta petunjuk kepada Allah s.w.t pasti Allah akan beri jalannya.
Cubalah dengan apa yg saya sarankan...mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yg Allah beri. Anggaplah ini satu ujian dari Allah s.w.t sebagai pengajaran utk kita melalui kehidupan yg akan datang. Mungkin juga ini adalah musibah dari apa yg telah berlaku di seluruh negara sehingga Bumi merintih meminta simpati diatas bebanan dosa manusia yg di tanggung selama ini. Sedarlah umat semua....bahawa Bumi sudah terlalu tua utk menampung segala Khazanah Alam yg tak habis2 pencemaranya. Negara tercemar juga salah satu sebab datangnya penyakit ganjil.
Apa sudah jadi dengan manusia zaman sekarang? Cuba lihat....! Manusia berkahwin.., Pokok pun kahwin..., sekarang..... binatang pun di kahwinkan ( berlainan binatang ). Bangunan tinggi menjulang mencakar langit ( boleh dicapailah awan tu...! ). Sungai pula jadi bahan buangan sampah sarap dan juga mayat manusia? Laut pula asyik muntah2, sebab banyak sangat benda yg tak sepatutnya ada di laut selain ikan dan kapal. Yg ramai berada di laut adalah manusia... berenang macam ikan....mungkin di rumah tak ada air kut..! Jangan marah nanti kena jual !
Yg muda mudi tiada perasaan malu, yg bukan muhrim berdua2an di khalayak ramai? Belum lagi cerita bab Mabuk, Judi, Kaki Disko, Penzina, Bohsia, Gro, Kaki Betina, Pisau Cukur, Penggoda Jalanan, Rempit, Lumba Haram, Hisap Dadah, Perogol, Kaki Pukul, Kaki Buli, Perompak, Pembunuh ( hui.. banyaknya! ) dan semua ini bolehlah di kategorikan sebagai sampah masyarakat yg suka cari penyakit. Apa nak jadi dengan masa depan orang macam ini ? Semoga mereka ini sempat bertaubat sebelum mati... aminnn...!
" Sentiasalah redha dengan ketentuan Allah, kerana sesungguhnya......yg baik itu datang dari Allah dan yg tak baik itu adalah dari kesilapan diri kita sendiri "
Labels:
ambil iktibar
Thursday, June 4, 2009
KOPI OH KOPI
Hai...! jumpa lagi di bulan Jun ini. Kali ini saya nak cerita tentang Kopi.
Rata-rata kita dengar dan lihat kempen menggunakan produk halal Islam. Tapi...ada lagi umat Islam yg masih mahu menggunakan produk orang kafir. Cuba kita lihat,saingan antara Kopi di Malaysia ini, terlalu banyak seolah-olah satu pertandingan Kopi...? Tapi itu semua bukan keluaran orang Islam...? Mereka pandai memainkan peranan utk mengaburi mata dan minda orang Islam. (fikir-fikirkanlah ye...)
Bagi saya Kopi yg terbaik adalah keluaran orang Islam Bumiputera,,, iaitu Kopi Radix dari produk HPA...! memang tiada tandingan...kerana Kopi Radix HPA kaya dengan Vitamin C, Kalsium dan yg paling membanggakan ialah, orang Islam berjaya mengurangkan kafein dalam Kopi Radix sehingga hampir tiada...iaitu 0.0009 kandungan kafein yg tinggal dalam Kopi Radix. Hampir tak percaya...tetapi itulah hakikatnya. Nak tahu...? Joinlah saya bersama HPA.
Tolonglah..! Anda kena tolong diri sendiri, kerana Allah telah memberi jalan utk kita memilih. Jika tersilap langkah...akibatnya kita yg tanggung sendiri? So...jadilah umat Islam yg bijak dalam membuat pilihan. Amalkanlah meminum Kopi Radix...! kerana Kopi Radix menjamin kesihatan anda dan keluarga anda. Walau pun anda memberi anak kecil berusia 1 tahun ..Kopi Radix tiada mendatangkan mudarat malah membekalkan Tenaga, Vitamin C dan Kalsium yg cukup utk tulang dan gigi yg kuat. Amalan meminum Kopi Radix digalakkan kepada Warga Emas, Ahli Sukan, Pelajar, Pekerja, kanak-Kanak dan baik utk seisi keluarga.
Jika sayangkan diri anda dan keluarga anda ..hidangkanlah Kopi Radix HPA....tapi...jika anda ingin melihat keluarga sengsara dengan kesihatan yg tak memuaskan, berilah Kopi yg berjenama entah apa-apa yg di luar sana tu ..yek....!
Renung....dan fikir sejenak...!
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Labels:
sayangilah keluarga
Monday, June 1, 2009
SYARIKAT HPA
Anak Syarikat HPA
Seperti yg kita tahu, HPA (Herba Penawar Al wahida) mengeluarkan berbagai jenis produk seperti, makanan, minuman, kesihatan dan kosmetik. Ramai juga yg tidak mengetahui latar belakang HPA.
Ada 10 anak syarikat serta aktiviti ekonomi di bawah naungan HPA seperti berikut:-
Utk mengetahui segalanya layari laman web ini;- www.hpa.com.my
Seperti yg kita tahu, HPA (Herba Penawar Al wahida) mengeluarkan berbagai jenis produk seperti, makanan, minuman, kesihatan dan kosmetik. Ramai juga yg tidak mengetahui latar belakang HPA.
Ada 10 anak syarikat serta aktiviti ekonomi di bawah naungan HPA seperti berikut:-
- Al wahida Marketing Sdn Bhd----Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM.
- HPA Industries Sdn Bhd----Pengeluar Ubat-Ubatan Herba.
- Cola Radix Sdn Bhd----Pengeluar Minuman Berkarbonat.
- HPA Food & Beverage Sdn Bhd----Pengeluar Minuman & Makanan.
- Radix Industries Sdn Bhd----Pengeluar Kopi Radix.
- HPA Farm Sdn Bhd----Pengeluar Ayam & Air Mineral.
- HPA Ilham Sdn Bhd----Agensi Pelancongan.
- RFC Sdn Bhd----Restoran Radix Fried Chicken (RFC).
- El-Zaharaa Sdn Bhd----Hotel, Homestay, JHS,HPA Collection, Toharah Dobi dll.
- Centella White Sdn Bhd----Produk Kosmetik.
Ingatlah Kawanku....."Jika ada di kalangan kita orang Islam menghina dan mempersendakan produk buatan sesama Islam, maka mereka menghina dan mempersenda diri mereka sendiri."
Utk mengetahui segalanya layari laman web ini;- www.hpa.com.my
Labels:
Mesti ketahui
Tuesday, May 19, 2009
SET BERSALIN HPA
Satu lagi produk keluaran HPA yg terbaik adalah Set bersalin HPA yg amat bagus sekali utk wanita yg akan bersalin (dalam pantang). Jika anda inginkan wajah berseri, segar dan bertenaga semasa berada dalam pantang.....! maka, gunalah Set Bersalin HPA. Set ini merangkumi ubatan legkap ibu dan bayi. Kepada kaum wanita kususnya....janganlah anda bimbang akan kelengkapan produk HPA utk keluarga (seisi rumah). Kerana HPA akan melengkapkan produknya utk kegunaan harian, makanan, minuman, kesihatan, kosmetik, ubatan herba/rebusan, barangan dapur, barangan bayi, set mandian serta banyak lagi pada akhir tahun ini.
Jadilah pengguna bijak utk masa depan keluarga, agama dan bangsa, kususnya kpd kaum wanita yg tugasnya adalah memenuhi kelengkapan rumah. Mulakanlah dari mengguna Set bersalin HPA.....maka anda akan dapat rasa kelainan dari produk biasa yg anda pernah gunakan. Tak akan ada kerugian dalam menggunakan produk HPA...malah anda akan mendapat ketenangan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.
marilah bersama saya mengguna dan mengamalkan Produk HPA.
Joinlah saya utk menikmati kehidupan yg sempurna dalam menggunakan produk Islam yg halal lagi baik.
"HPA ADALAH SATU TUJUAN DALAM KEHIDUPAN"
Labels:
utk wanita sejati
Monday, April 27, 2009
KURSUS PENYEMBELIHAN
Sepanjang Program Kursus Penyembelihan
Taklimat sebelum kursus / Ini pula kambing yg belum di sembelih



Proses melapah daging kambing....kaum lelaki jer...



Bab memasak pun wanita jugak...? Hebat nyer....!!

Amboi...! YB pun rajin...inilah icon masyarakat...!
Sekitar Program Kursus Penyembelihan yg di anjurkan oleh Kemas pada 26 April 2009, dan di laksanakan oleh Umno Cawangan Pangsapuri Intan Taman Bukit Permai, Cheras....Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Pangsapuri Intan adalah Tuan Rumah Program tersebut. Apa yg saya dapat lihat dan timba pengalaman pada program itu ialah perpaduan dan satu hati penduduk sungguh harmoni.Ini yg kita cari dalam kehidupan berjiran.
Maaflah....muka saya tak kelihatan, sebab saya juru gambar....so macam mana nak ada di situ? Tapi takpelah...sekurang-kurangnya apa yg saya paparkan dapat di jadikan panduan semua.
Terima Kasih di ucapkan pada pihak Kemas kerana memberi kepercayaan kepada ketua Umno Cawangan Pangsapuri Intan mengelolakan majlis tersebut. Tak lupa juga kpd Ketua Umno Bahagian Pandan yg sudi datang selaku merasmikan majlis tersebut. begitu juga Ustaz yg beri ceramah, taklimat pagi dan pemantau peserta Kursus.
Dengan cuaca yg agak panas pada hari itu, membuatkan semua orang dahaga tak terkata. Makan pula daging kambing...? Fuh....!! memang bahang semua orang. Program penyembelihan berlangsung dengan 50 ekor ayam disembelih oleh 50 orang peserta dan 2 ekor kambing di sembelih oleh 2 orang peserta kursus. Alhamdulillah..... Program pada hari itu berjalan lancar dan dengan jayanya. Para peserta kursus juga di berikan sijil penghargaan yg di sediakan oleh pihak Kemas.
"Masyarakat yg berbilang bangsa harus berganding utk mencapai kemakmuran"
Labels:
masyarakat harmoni
Friday, April 24, 2009
BUAH HATI KU
gambar anak-anak masa kecil


Anak adalah aset dalam kehidupan rumahtangga. Bagi setiap pasangan suami isteri hargailah setiap anak yg lahir ke dunia, kerana ia anugerah tuhan. Bagi setiap anak pula mereka wajib menghormati ke dua Ibubapa mereka semasa ada. Anak yg baru lahir, masih jauh lagi perjalanan hidup utk di harungi. Apa yg penting.....Ibubapa itu sendiri yg mencorakannya.
Kadang-kadang saya selalu lihat, Ibubapa Berpelajaran Tinggi, di Hormati,ada Kedudukan dan Ilmu Agama juga tinggi....tp anak masih juga berperangai kurang memuaskan. Pelik juga di mana silapnya? Ada golongan yg berada tp anak masih terbiar merempat Kasih Sayang. Tak kurang juga orang yg daif tp masih mampu mendidik anak dengan sempurna Agama dan Pelajaran. Hanya Manusia yg bertuah saja mendapat kehidupan yg sempurna, kerana mereka lahir dari golongan yg selalu bersyukur dan sentiasa bertaubat.
Sebenarnya bukan senang nak didik anak jadi sempurna. Dalam kehidupan seharian Allah selalu menguji Umatnya samada mereka hidup dalam kesabaran atau sebaliknya. Apapun saya suka mengumpul gambar anak-anak semasa kecil, memang comel dan tak akan datang kembali zaman kanak-kanak. Cuma gambarlah yang akan mengingatkan zaman silam.... so....buat renungan semua....
"Jadilah diri kita sebagai cermin utk anak-anak."
Friday, April 10, 2009
Pembaca Budiman
As'salamualaikum...para Pembaca yg Budiman. Perjuangan dan Perbincangan kita belum selesai lagi. Mengikut turutan Islam, Halal dan Haram mesti kena ambil tahu...! Pemakanan penting utk kesihatan hingga hujung nyawa. Orang yg tak penting Kesihatan dan Pemakanan adalah orang yg tak mengingati Mati. Kerana pintu Syurga terbuka utk org yg bersih lahir batin. Itu sebab kita perlu mengingati Mati, supaya apa yg kita amal dan buat tidak bercanggah utk ke syurga....?
Bila Kita Ingat Mati.....
Kita Dekat Dengan Allah.....
Bila Kita Dekat Dengan Allah......
Pasti Kita Beramal Ibadat.....
Bila Kita Beramal......
Pintu Rezki Pasti Hampir.....
Bila Rezki Menghampiri.....
Jangan Riak Menguasai Diri.....
Bila Riak Menguasai Diri.....
Syaitan Pasti Menggoda Kita.....
Dari itu dekatkan telinga anda pada suara2 yg membawa kpd Keberkatan Dunia dan Akhirat....
Alahai...kawan2 sekelian yg berugama Islam....? Ingin saya bertanya....! Apakah anda benar2 pasti bahawa tahap Kesihatan anda berada dlm keadaan sihat sejahtera? Kesihatan juga penting utk ke Syurga....
Orang kita ni...kebanyakkanya selalu Sombong & Egois. Mereka tak mempercayai Herba boleh menyembuh dan menghalang sesuatu penyakit, jika kita mengamalkanya dengan Beristiqamah....!
"Orang yg Bijak Pandai adalah.....yg ingin mendalami sesuatu Ilmu dan sentiasa Ingin Tahu walaupun ia lebih Pandai, dan org yg sentiasa Belajar dari setiap kesalahan org lain dan dirinya sendiri".
"Jadilah kita org yg mudah ditegur dan belajar dari kesilapan"
Monday, April 6, 2009
INFO PENTING...!
Kenapa ramai Umat Islam diluar sana masih terpengaruh & dihantui dengan Produk2 Yahudi....? Mengapa mereka buta dalam celik ? Apakah reaksi mereka bila mengetahui bahawa kebanyakkan Produk makanan diluar sana telah dicemari dengan benda Haram (arak & kinzir) ?
Antara sebab....mengapa saya ajukan soalan begini....ialah kerana, setiap kali saya sampaikan berita tersebut pasti ada yg menafikan dan ada juga yg mengatakan saya mereka-reka cerita supaya produk Islam laku dipasaran....! "Masya'allah...." mengucap panjang saya dibuatnya. Kerana yg berkata begitu adalah Umat Islam itu sendiri. "Semoga Allah jangan gelapkan Imannya...aminnn...."
Ketahuilah anda semua, mengapa Allah melarang Umat Islam memakan daging kinzir..? Ini disebabkan, kinzir mempunyai sejenis ulat yg tidak akan mati....walau dimasak sekali pun! Cuba anda lihat pada setiap org (bukan Islam) yg memakan daging kinzir......! pada kulit mereka terdapat bintik hitam, yakni ulat kepala hitam yg datang dari kinzir telah bermastautin dalam diri mereka.
Sesiapa yg membaca kisah ini, tolong war-warkan pada Umat Islam yg lain! Kerana ini penting.....dan semoga anda semua beralih arah kepada produk Islam 100%. Tapi awas...! jangan mudah tertipu dengan produk asing yg mengunakan Nama org Islam? Ini banyak dipasaran utk mengaburi mata Umat Islam seluruhnya! Berhati-hatilah dalam memilih produk...? Pastikan isi kandungannya terlebih dulu.
Akhir kata..."Sampaikanlah Pesan Walau Satu Ayat Sekali Pun"
Fikir-fikirkanlah...............!
Labels:
keluhan hati
Thursday, April 2, 2009
GAMBAR KENANGAN
Antara aktiviti yg pernah ku lalui

Bersama teman-teman masa dinner

Teringat zaman dulu memang indah. Kehidupan yg penuh dgn suka, duka, gembira, pahit an sebagainya.....setiap manusia semua tak lari dari mempunyai masalah tersendiri, tak kiralah samada org kaya atau miskin.
Sebenarnya keluarga, teman2, guru, kampung halaman dan alam sekitar memainkan peranan dlm kisah silam.
Bila lihat foto2 lama pasti terkenang zaman kanak2. Itu pasallah... gambar lama berguna pada semua org....! Gambar memainkan peranan penting sbg......bahan bukti, kenangan peribadi, bahan rujukan, hiasan dalaman dan berbagai lagi. Oleh itu hargailah setiap keping gambar yg ada...., kerana ia adalah kenangan yg boleh memberi petunjuk kpd kita di masa akan datang. Hilang gambar bermakna hilang kenangan yg tak mungkin datang kembali.
Hadiah yg paling istimewa sekali adalah sekeping gambar....hmmm.
Labels:
kenangan jadi ingatan
Monday, March 30, 2009
SAYA DAN PIC
Gambar ini semasa saya menghadirkan diri ke Kursus PIC (Perkongsian Ilmu Cemerlang), pd 28 & 29 mac 2009. Saya sungguh gembira bila dapat menjejakkan kaki ke Komplek Al-Wahida di Jejawi Perlis.
Rasa rugi kalau tak pergi ke sana menimba ilmu....tak puas di buatnya, ilmu yg saya perolehi masih belum cukup lg. Tp apa yg saya pelajari akan saya manfaatkan secukupnya. Insya'allah.....ada peluang nanti, akan saya ikuti Kursus Herbalis pula.
Saya ucapkan syukur kerana HPA memberi peluang kpd saya dan sesiapa saja yg ingin menempa kejayaan dunia dan akhirat. "Kejarlah Impian selagi kita berdaya...Tuntutlah Ilmu selagi kita hidup di dunia." Sebenarnya orang kita ni malas....mereka lebih suka hidup di arah. Bila mereka dengar tentang produk org Islam pasti di perlekehnya...tp tak semualah....saya hanya tabik pd mereka yg mempercayai bahawa....."Biarkan Makanan Menjadi Ubatmu dan Ubat Menjadi Makananmu" . Berfikirlah kita sebagai org berilmu dan "JADILAH KITA MANUSIA YANG TAHU BERSYUKUR" kata2 oleh Tuan Hj Ismail (Pengarah Urusan HPA).
HPA DIREALISASIKAN....ISLAM PASTI BOLEH.....!!!!
Sunday, March 15, 2009
Mega-3 yg t'baik
Sebenarnya 60% otak manusia adalah diperbuat drpd DHA (docosahexaenoic acid, co-3). 30% pula terdiri dari lecithin (bnyk dlm kacang soya, co-6). Biasanya 3 bln sblum kelahiran bayi, DHA terbentuk 3-5 kali ganda berbanding trimester pertama.
Tahukah anda, siapa yg perlu ambil Mega-3 Kapsul ini?
- Org yg b'tekanan darah rendah
- Amat penting bagi Wanita Hamil & Menyusukan
- Bayi yg menyusu
- Para Pelajar (tadika,sek.rendah,menengah,universiti)
- P'tumbuhan otak yg cerdas
- P'tumbuhan retina mata (p'lihatan) yg baik
- sngat baik utk p'tumbuhan tulang & gigi (kalsium tinggi), juga utk pesakit oesteoporosis
- Pengamal herba (13 x ganda b'kesan)
- Dos 2bj pagi / 2bj tnghari / 2bj mlm
Saya sarankan anda amalkan Mega-3 Kapsul ini pasti menakjubkan, bagi saya tiada produk yg Istimewa spt Produk HPA (Herba Penawar Alwahida)....insya'allah.....
"BERJUANGLAH DEMI MEMPERTAHANKAN PRODUK HALAL"
Thursday, March 12, 2009
Tip dari ku
Ini adalah sebahagian Produk2 HPA yg ku amalkan seharian.....ada lg yg lain.
Jadilah rakyat dan hamba Allah yg sihat spt ku.....insya'allah......
Sebenarnya kesihatan & kecantikan diri datangnya dr dalam diri kita.....
dan Penyakit juga boleh membuatkan diri seseorang individu lebih tua dr usianya.
Hargailah diri kita....dgn.........;
Taat pd Allah..............
Hormati diri sndiri.................
Sucikan hati nurani................
Jaga tutur kata..............
Jaga kehormatan diri............
Jaga kesihatan & pemakanan..............
bnyak zikir, selawat & baca quran..............
bnyak minum air masak....................
bersenam...............
bangun awal pagi............
Semuanya merangkumi keindahan Zahir Batin
Apapun tetapkanlah Iman & jauhkanlah Dosa.....ye.....!!!
"IMAN ADALAH MUTIARA"
Baca & Renungkanlah...
Inginkah anda m'gunakan Produk2 yg di buat dr bahan ini.....
Apa p'dapat anda.....? Fikir2kanlah.....
Inginkah anda m'gunakan Produk2 yg di buat dr bahan ini.....
Apa p'dapat anda.....? Fikir2kanlah.....
Sebenarnya ramai org Islam yg mengetahui bahawa produk yg di pasaran bnyak m'gandungi bahan dr kinzir......yg xtau langsung pun ada, mungkin x m'baca kut...so....kpd yg dah tau...xnak ke b'tukar produk yg Halal...?
Ingatlah.....! Guna produk yg Halal supaya penyakit payah hinggap....x semestinya Herba HPA di amal bila dah sakit....? Sebenarnya jadikanlah amalan harian, kerna sesungguhnya
"Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Merawat"
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Subscribe to:
Posts (Atom)